On why I wanna be rich now!
October 7, 2009
![]()

Gucci Joy Boston Medium/Large Bag

iPhone VS BlackBerry
Ooh. I want all these!
But the thought of spending more $$$ is sungguh meralatkan. Why? Because I always hear voices in my head. Voices in my head that keep on reminding me (annoyingly though) that the value of these perishable items is almost equavalent to satu lot saham Sime Darby/Maybank/TNB/IOI Corp. Dan jika ekonomi baik, siap boleh make profit lagi tu! Like, today you buy the lot (or lots, if you got loads of cash in hand) for RM8K, lepas tu sudah naik RM8500 ke. Huhu untung RM500 which can buy a 6 months supply of BodyShop cosmetic (in my case lah kan, perempuan mengandung yang mahu segalanya natural and not animal tested).
Nikon DSLR – Do I need it because we already have Panasonic Lumix 8MP. And Panasonic camcorder. Yang itu pun malas nak charge kan.
Gucci Joy Boston Medium/Large Bag – sebab saya memang suka beg macam ini, cute bentuknya, tapi bukan lah beli and kumpul sepenuh almari, beli satu je sebab saya bukan pengumpul tegar. I dont have a designer bag, takut tak berbaloi kerana saya suka menyumbat pelbagai barangan dalam beg, berat macam big “tone” (stone) kata Kim-kim, nephew berusia 23 bulan merangkap bakal teman boxing bayi dalam kandungan saya yang sesekali memboxing pula perut saya dari dalam sekarang ni.
iPhone vs BlackBerry - saya kini menggunakan Nokia N70 dibeli 3 tahun lepas. Telah ditukar cover original dan bateri pula tak berapa nak original sebab tulah asek-asek mati je dan menjadi motivasi pulak nak tukar telefon lain. Tapi saya sayanggggg duhet dan juga kerana handphone ini kerana masih boleh pakai dan functional. Cuma tak la boleh download iTunes kan.
Tapi tengoklah camana. Mana la tau balik karang jalan-jalan tersepak plastik beg dalam tu ada RM2 juta lepas tu bila report kat polis dia kata tak apa ambiklah rezeki anak Puan tu hehe. Dengan kedai-kedai Nikon, Gucci dan Apple Store tu akan ku sapu habis.
True Blue I Heart You
August 5, 2009

Maaf Tanpa Syarat
May 7, 2009
Maaf Tanpa Syarat
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah — Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/
Tarikh: Khamis, 04 Disember 2008 @ 23:15:10
Topik: Tazkirah
——————————————————————————–
“Beruntunglah si anak yatim,” saya berbual dengan seorang apprentice yang berkunjung ke rumah.
“Kenapa pula untung ustaz?” beliau nampak sedikit terkejut dengan kenyataan saya.
“Masakan tidak beruntung, derita hidup tidak beribu dan bapa, terlalu kecil berbanding hukuman Allah ke atas anak durhaka!” saya menjawab.
Beliau diam seketika.
“Maksud ustaz, lebih beruntung hidup tanpa ibu bapa?” tanyanya.
“Anak-anak beruntung ada ibu bapa. Tetapi ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak-anak. Hari ini ramai anak benci dengan ibu bapa sendiri,” saya menyambung perbualan.
Memang benar.
Saya sudah jadi mangli dengan fenomena anak durhaka. Anak yang memusuhi ibu bapa. Anak yang mengkritik ibu bapa. Anak yang menyakiti ibu bapa.
Tanda-tanda kiamat barangkali.
“Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri” (Petikan Hadith ‘Jibril’)
BIBIT KEMARAHAN
Pengamatan saya, memperlihatkan bahawa anak-anak mula menimbulkan bibit benci atau sekurang-kurangnya tidak berpuas hati dengan ibu bapa sendiri, semasa mereka menempuh beberapa fasa kehidupan.
Seorang bapa, mungkin garangnya hingga tampar dan jentik menjadi makanan harian seorang anak. Di sepanjang masa, anak menerima hakikat bahawa bapanya adalah seorang yang garang. Lalu dia sentiasa berusaha untuk mengelak daripada ‘buat masalah’ dengan bapa yang garang itu.
Tetapi untuk membenci bapa, tidak terlintas di hati dan kepala.
Fasa pertama yang sering menimbulkan rasa benci serta marah anak kepada ibu bapa ialah apabila anak-anak mula meningkat usia, bersekolah dan memulakan tabiat berkunjung ke rumah kawan-kawan malah bermalam di sana. Pada usia inilah anak mula terdedah kepada contoh-contoh lain tentang bagaimana ’sepatutnya’ seorang yang bergelar ibu juga bapa. Anak-anak mula membandingkan ibu bapanya sendiri, dengan ibu bapa kawan.
rasa takut terhadap kegarangan bapa dan ibu, mula berubah menjadi benci.
Fasa kedua pula ialah apabila berumahtangga.
Dalam sesetengah keadaan, ada ibu atau bapa yang melebihkan anak mereka sendiri berbanding menantu. Tetapi ramai juga menantu yang ‘bertuah’ mendapat mertua yang baik-baik, namun mereka mula secara tidak sedar menyemai suatu fikiran yang jelek bahawa ibu bapaku tidak sebaik mertua.
Perbandingan-perbandingan inilah yang menyemai bibit benci dan rasa tidak puas hati si anak kepada ibu bapa mereka sendiri.
SEBURUK MANA PUN MEREKA
Seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali-kali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan.
Kita menumpang duduk 9 bulan di perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam Rahim. Alam kasih sayang dan alam belas kasihan. Jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.
Kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.
Lupakah (memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibu bapa di tengah kenduri? Kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati, kita demam tidak bermusim. Bukan kita seorang, malah adik beradik yang lain.
Jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah riuk tulang kita dikerjakan mereka. Penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok gadai mencari bekal, apakah semuanya semata-mata untuk membesarkan seorang pembenci?
Kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Busuk wangi, buruk dan baik, itulah ibu dan itulah bapa.
Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda’ berkata. Aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:
“Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Biar pun sandaran dalil Abu Darda’ terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadith ini ada perbahasan ulama’ mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tangan kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu.
Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa.
SALAH IBU BAPA
Saya tidak nafikan, bahawa fenomena anak durhaka adalah produk dosa ibu bapa. Kesalahan ibu bapa merupakan faktor terbesar kepada keberhasilan anak durhaka. Malah sejak sekian lama, kita kaum Melayu sudah disedarkan bahawa Sazali adalah produk kesalahan si bapa menterjemahkan kasih sayang sebagai ‘beri semua yang anak inginkan’.
Memang malang di dunia ini bukan malang kerana tidak disayangi. Tetapi malang kerana gagal menyayangi. Sama ada tidak sayang kepada anak-anak, atau menyayangi mereka dengan cara yang salah.
Sudah terlalu biasa, ceramah saya tentang ibu bapa terpaksa diubah suai. Menekan-nekan akan kepentingan anak menghormati dan menjaga ibu bapa, menjadi sebuah sesi yang penuh penyeksaan, kepada si anak yang membenci ibu bapa. Kebanyakannya, adalah akibat sikap ibu bapa sendiri.
DI PIHAK ANAK-ANAK
Tetapi anak-anak perlu sedar.
Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!
Kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa, mampu untuk membuta tuli memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.
Sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.
Baik kejam seorang bapa.
Biar cuai seorang ibu.
Mahu pun busuk seorang bapa.
Biar kafir atau sundal sekali pun seorang ibu.
Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.
Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.
Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan, memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.
Menghormati mereka, cukup dengan tidak membalas ‘kejahatan’ mereka dengan ‘kejahatan’ kita. Sedang kita pun banyak berbuat jahat kepada Allah, namun Allah sentiasa Maha Tahu cara untuk ‘berbuat baik’ dengan kita. Bagaimana kita boleh mendamba keampunan Allah tanpa syarat, sedangkan kita ghairah meletakkan pelbagai syarat, terhadap ibu bapa sendiri?
Jika sikap kita yang sempit jiwa untuk menguzurkan kekurangan ibu bapa, yakinilah bahawa Allah jua sulit untuk menguzurkan kekurangan kita (yang tidak terbilang itu).
ANDAI TIADA KASIH DAN SAYANG
Kewajipan si anak adalah pada mengekalkan perlakuan baik terhadap ibu bapanya. Bukan bergantung kepada layanan ibu bapanya dahulu, tetapi ialah adalah tanggungjawab anak sebagai seorang anak yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Untuk menyayangi ibu bapa, terpulang kepada anda.
Namun…
Melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah suatu beban. Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang, adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.
Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?”
Perempuan itu menjawab, “yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku”
Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya”
Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”
Binasalah si anak yang lupakan peringatan ini!
——————————————————————————–
Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah — Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/
URL untuk Artikel ini:
http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1869

Terlalu Cinta – Rossa feat Pasha
April 15, 2009
Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan
Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskan
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan
Confession of A Shopaholic
March 30, 2009
Last weekend watched this movie with Sum1. This time I get to choose the movie since the last time we went out for a movie, it was a disaster. We watched a movie entitled “Diary of the Dead” which of course, selected by Sum1 who likes horror flicks and gory ones. The movie was filmed behind a moving camera, as if you’re the one holding camera with the walking and all. You know, sort of the Blair Witch Project style. I ended up getting a huge headache and we left the cinema in a huff.
So that was the end of our movie date some time ago.
So this time around, I was so excited about the movie and turned out, it is a great watch! It is packed with humour and loads of color. Of course, it is very different from the book version, but anyway, for a movie starved lass like me, it is still a fab movie!
Mind you, even my fiance didnt fall asleep while watching! He even laughed dengan penuh bersemangat sekali, menyebabkan hati saya pun suka melihatnya.
But watching the film, I had a nagging feeling that I am*gulp* have some shopaholic syndrome:
1. I watch for sales/warehouse sales with eyes like a hawk..
2. Buying something makes me feel happier…
3.I go to warehouse sales in a great spirit and a well armed purse (and a suffering bank balance
)..
4. Sum1 actually taught me how to stand properly in the crowd so that I can keep my position at the front of the crown …
5. Sum1 taught me how to avoid stampede (which happens in warehouse sales) and the importance of having sharp elbows in times like this!
6. I learnt a few words in Cantonese and Mandarin from Sum1 and my future MIL (who likes warehouse sales too hehe) with specific use for pointing to desired items and asking for its price. Next lesson: Haggling in Mandarin 101 (This is frighteningly like Becky Bloomwood, who in her case takes refuge in Finnish language)
I dont want to be a shopaholic. I want to be a matured and perfectly poised lady, financially savvy and knowledgable about finance fancy terms. I want to be someone who is well put together with her priorities RIGHT.
So…I just need to reprioritize, right?
So, then, my priorities would be:
1. Wedding
2.Honeymoon trip
3.A proper Hobo Bag from..maybe one of The 10 Best Hobo Bags by marie claire? *sigh*
4.A House
There.
My priorities is right and I am well set up to achieve those goals just in that sequence.
Oh, please dont question me on that little no 3 item.
Please.
Pweeety please.
A solution to my skin…yeay!
March 13, 2009
Since I have been working in a veryy cold air conditioned office since nearly 3 years ago, I discovered that my skin is getting dry especially my hands. I tried so many over the counter solutions like Nivea Creme, but still, it remains dry. I also try drinking lots of waters tapi it makes me go to the toilet numerous time. Sejookkkkk!!!
Camne ni?
I dont want a dry shrivelled looking hand especially during sarung cincin ceremony. How unattractive. Tangan nenek kebayan ok. Cam dalam iklan Sendayu Tinggi itu.
So last few weeks while I was at a supermarket doing my grocery shopping I also spontaneously grabbed a bottle of this:
Franch Oil Therapeutic Shower Crème Especially for Dry Skin
[ Piza's Review: I like this because it keeps my skin well moisturised despite working in cold airconditioned building during looong working hours. ]
And I tried it.Surprisingly, after the first trial, the effect is already felt!
My skin feels so smooth and not dry anymore! Dare I say silky smooth? A big Yes!!
Ini sudah bagus. Sekarang saya suda promote kepada kuarga saya dan nanti saya akan belikan juga untuk adik-adik terchenta.
Further info on this product is as below:
More and more people in developing countries utilize traditional medicine for their major primary healthcare needs. Franch OIL NH* is a traditionally formulated herbal medication with anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory properties and it’s widely sold in the South-East Asian region. Franch Therapeutic Shower Crème is enriched with Franch OIL NH* in order to provide all the benefits of Franch OIL NH* in the form of shower crème.
Benefits
Franch Therapeutic Shower Cream is a combination of natural ingredients and Franch Oil NH* which helps repair, restore and protect dry and damaged skin while moisturizing for an all-day-long protection. It moisturizes and repairs damaged skin while creating a protective layer against damaging elements that surrounds us in our daily lives. The mild therapeutic fragrance of pure lavender provides a calming, soothing and balanced ambiance. Its intense moisturizing therapy is suitable for all skin type.
Directions
Apply to body and leave it for 3 minutes for the best results then rinse it off.
Available in this sizes: 250ml, 450ml and 800ml [with easy dispenser]
FAQ’S
Why must I leave the Shower Crème on for 3 minutes before rinsing?
To allow the therapeutic properties time to work on the affected areas and the moisturizing properties to be absorbed by the skin.
Is it safe to be used for babies?
Yes. It also prevents dryness and forms a protective barrier to treat and prevent irritated skin. It also treats and soothes nappy rashes.
How does it restore and protect damaged skin?
The active herbal ingredients and Franch OIL in the Shower Crème formulation helps repair, restore and protect dry and damaged skin.
Does it irritate the eyes?
No. But if soap does get into the eyes, simply rinse with warm water.
P/S: adakah ini seperti iklan? Tidak sebenarnya. Saya bukanlah duta Franch Oil but I dont mind la kan if ada offer. Hehe.Only that I just like to share this experience to others yang berkulit kering seperti saya supaya jangan kering sebelum waktunya.”:
My Wedding Blog
March 6, 2009
ok…lepas ini saya tak mau lagi membebel pasal kawin di sini..sebab saya ada a dedicated wedding blog. Presenting…
^
^
^
^
^
^
^
Protected: For My Future Reference :)
February 13, 2009
Piccas
February 12, 2009

Tetiba rindu zaman-zaman DPA. The greatest sidang ever, f”ians.

Since then there is one of my f’ians friend who got engaged to another fellow f’ians…joining yours truly club!

The f’ians are always ready to celebrate beautiful moments..

Yeah, moments like this!

Or moments like being stuck at the road side waiting for them guys to fix tayar pancit (on our way to B.T.’s wedding in Kampar, Perak)

All of those are delicious moments, much better than me eating chicken chop at a i-forgot-the-name-of-this-restaurant-but-it-serves-halal-nyonya-food in Setia Alam.
And also, another beautiful moment is being able to attend and celebrate my friend (we used to date eons ago, hihi) wedding. His wife, Jamal is a nice and pretty girl, and the reception was a simple yet meriah ceremony. Congrats!

Kelly and me during Arief and Jamal’s wedding on 1st January 2009 in Serdang, Selangor.
P/S: ini gambar bukan saya yang ambil. Daripada facebook and other sites. Saya malas nak upload dalam situasi bandwidth ciput di pejabat ini.
ok, kantoi blogging kat opis.
Color Me Good…Real Good
February 4, 2009
I have learnt my lesson by being so undisclosing about my wedding details. So now kan dah wedding date suda clash dengan kawan-kawan. Nevermind, now I present our wedding color theme by events. Siapa-siapa yang nak pegi shopping or tempah baju boleh la mengenang kenduri saya dalam shopping list anda. Terima kasih ye.Tehehe.
Nikah/Solemnisation In The Mosque (A Dewy Morning)
Bride & Bridegroom-silver white
Family & Friends – hijau pucuk pisang, a light and fresh looking shade of green, I am sure you will look nice in it hehe.
Malam Berinai Besar At Home Sweet Home (A Glittering Night)
Bride & Bridegroom-baby blue and gold songket
Bride’s Family – Gold
Deco-White and Gold
Bridegroom’s Family- TBD
Friends – ala apa-apa kaler yang suka pun boleh ok. Tapi kalo nak ikut tema..its gold!
Wedding Reception By The Lake (A Fresh Breezy Afternoon)
Bride & Bridegroom- Ivory
Bride Family- Aqua blue
Bridegroom Family-Shades of Hot Pink
Deco-Aqua/tiffany Blue, Loads of White, soft pink
Friends – ala apa-apa kaler yang suka pun boleh ok. Tapi kalo nak ikut tema..its aqua / tiffany blue!