Earth Hour

March 25, 2009

Imagine, KL, The City of Lights, goes dark for an hour?

I cant see your silver blue Honda Civic and you cant see my lil black Myvi.

I cant see your  RM3000++ LV Speedy and you cant see my RM50 wedges.

I cant see your delectable Big Mac and you cant see my salad and chicken wraps. Therefore my diet wont be affected. :P

Yes, we are all the same in the darkness.

Wanna come along?

Click here for more info.

Nails Place

March 25, 2009

 Entri ini tiada kaitan dengan Naili’s place.

Its about Nails=kuku.

Saje je gatal taruk tajuk macam ni eheh.

Hari Isnin lepas kaki saya dihempap satu kotak barang perhiasan aka jewellery box diperbuat dari kayu serta dihiasi lukisan hand made perempuan berpakaian little black dress yang saya beli di Rooms KLCC. Ketika hari kejadian saya sedang berkemas-kemas dengan penuh semangat dan ketaqwaan hehe.

Kotak itu penuh dengan barang-barang seperti kerongsang-kerongsang dah takda pin, mak nenek bracelet dan cincin -cincin koktail yang maha besar dan tak lupa juga rantai etnik yang cantik yang pasti membuat saya jadi tumpuan di mana-mana rumah panjang. Tapi manakah ada peluang  nak ke rumah panjang itu kerana sewaktu saya datang (pulang?) ke Sarawak tempoh hari kerjanya menonton konsert  World Rainforest Music selain daripada memenuhkan perut dengan mi kolok, ayam panggang di Satok,ikan terubuk kari, ikan terubuk masin, ice cream Sunny Hill maha sedap dan juga Sushi King.

Berbalik ke cerita jari kaki saya dihempap tadi.

Sewaktu kejadian, bintang -bintang seakan muncul di hadapan mata. Darah menitis laju ke bumi dan saya sempat terfikirkan, ohh inilah ertinya tanah tumpah darahku. Memang tumpah pun.Banyak pulak itu!!

Setelah darah dilap, saya tengok kuku jari -telunjuk- kaki ( hehe pandai-pandai je kan) dah terbelah dua.Macam ni:

Gambar ihsan Internet.kan korang tau saya ni pemalas nak upload gambar.

Oh my gawddd, sisi gedik saya memprotes…howlah nak pakai my great fabulous glamorous wedding heels???

Dan beberapa minit kemudian barulah sisi diri yang lebih matang dan menawan berfikir bahawa saya kena solat duduk ni. Sebab kalau kaki ni dihempap, semakin sakit rasanya.

So motif entri hari ini adalah:

Cara solat duduk ketika sakit.

Terima kaseyyyy kerana membaca. :P